Sunday, February 21, 2010

Lucah | Seks | Pornografi | Bogel

 (Gambar dari Internet)

Assalamuaalaikum..

Banyak respon dari pelbagai pihak berkenaan cerita/berita BUANG DAN BAKAR BAYI yang berlaku di tanah air. Ada yang mencemuh, hina, menyumpah dan macam-macam lagi. Yang asalnya kita pulang ke asal, pokoknya, di mana? Pertama: Kebebasan. Apa itu perkaitannya? Anak-anak bebas ke mana-mana tanpa pengetahuan ibu bapa, bebas memakai pakaian yang pelbagai rupa, bebas bergaul, bebas berkawan, bebas bermain dan macam-macam lagi. Siapa yang salah? Ibu bapa? Cikgu? Masyarakat? Sudah pastinya yang salah ialah kita semua. rakyat Malaysia, umat Islam, umat manusia, umat Muhammad, hamba Allah. Tanggungjawab kita. yang tahu hanya mencemuh, menghina dan lain-lain. Kini, sah manusia itu membuang dan membakarnya. Inilah hasil dari parasit-parasit yang merosak mentaliti kita semua. parasit itu? cerita-cerita lucah- yang bersepah dijual di mana-mana di tanah air ini. siapapun hanya melihat, kita tiada kuasa, yang ada kuasa bagaimana? tidak berkuasa.. pergaulan bebas- depan mata setiap hari, kadang kala naik segan melihat umat manusia berlagak seperti tiada agama. Pelayaran Internet-Website yang negatif bersepah. Gambar-gambar bogel dan telanjang bersepah. Dunia pornografi yang tidak pernah pupus. namun mereka itu Anak kita jua. bangsa kita, umat kini. yang hanya seperti buih di lautan. bersama-samalah kita berdoa agar siperlaku kembali kepada Allah, itu lebih baik dari mencemuh dan menyumpahnya. Tidak perlu menyalahkan kerajaan pemerintah, keluarga dan masyarakat lagi, kerana Allah itu Maha mengetahui.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails