Tuesday, February 9, 2010

Hijaukan Malaysia - Cerita Donggeng Penglipur Lara?


Assalamualaikum.
Sudah banyak kerajaan habiskan dana hanya semata-mata untuk melaksanakan pelbagai kempen, termasuklah kempen alam sekitar. Bumi Hijau, dan lain-lain. Baru-baru ni ada perasan satu kempen 'Hijaukan Malaysia, temanya bewarna hijau, cantik, sangat murni kempen tu. Tapi sayang berapa ramai yang ambil tahu,  dah berlambak kempen macam ni. berapa ramai yang tidak ambil tahu. Bumi yang mana? kawasan yang mana? siapa? mungkin di kawasan perasmian kempen sahaja. Mungkin juga hanya ditujukan pada budak-budak sekolah/pelajar. Entahlah. Bagaimana dengan peniaga-peniaga kedai?pembalak-pembalak?Pengilang-pengilang? adakah mereka perlu tahu kempen-kempen sedemikian rupa? perlukah untuk mereka tahu? cukuplah hanya memberi kerja/rezeki kepada anak-anak bangsa Malaysia dan mengira untung rugi. Cukuplah hanya melihat semuanya dengan detik hati yang kadang-kadang rasa bersalah dan kadang-kadang tidak. Percayakah kita ini hanya retorik semata-mata atau kesedaran naluri. Hanya mampu melihat longkang-longkang kotor, pohon-pohon ditebang, sampah-sampah berteraburan, sungai-sungai keruh dan banyak lagi. Kita melihat, rakyat melihat, pemimpin melihat, tuhan juga Maha Mengetahui. Segalanya dari hati.
Lori ini berehat di tepi jalan sementara menunggu hari gelap. 
Hanya akan memulakan perjalanan pada waktu malam.

 
Longgokkan sampah di belakang 'Bus Stop'. 
Inilah kita yang sebenar.

Lepasan asap dari sebuah kilang di kawasan pedalaman. Siapa peduli?
Mungkin perlu buat aduan dahulu baru perlu tindakan.

Hijaukan Bumi Malaysia!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails